Pada 20 Mei (21 Mei, waktu Malaysia) nanti, Microsoft bakal mengadakan acara pelancaran bagi Surface, Windows dan produk AI baharu. Baru-baru ini, ASUS turut mengumumkan yang mereka turut akan mengadakan acara pelancaran pada tarikh yang sama. Dalam poster yang dikongsi, ia mengacah produk AI ASUS.

Dijangkakan, ASUS bakal memperkenalkan laptop baharu dengan cip Snapdragon X Elite yang memfokuskan AI. Acara ASUS ini adalah kerjasama bersama Microsoft dan juga Qualcomm. Ini bermakna ASUS bakal mendedahkan sebuah laptop dengan kekunci Copilot serta dengan prestasi yang dijangkakan boleh menewaskan prestasi Macbook dengan cip Apple M.
Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut ASUS mengenai produk AI mereka. Mana tahu kita turut akan melihat lebih banyak penawaran ASUS di acara Computex pada bulan Jun akan datang. Sama-sama kita nantikan.