LinkedIn kini menjadi salah satu syarikat sosial yang turut menyertai arena permainan, sekaligus mengekalkan lebih ramai pengguna dalam meluangkan masa lebih lama pada platform sosial berkenaan.

Berbeza dengan penawaran platform lain, LinkedIn memfokuskan kepada permainan berbentuk tekaria – selari dengan fokus perkhidmatan sosial mereka untuk golongan profesional. Tiga permainan tekaria yang tersedia pada hari ini adalah Pinpoint, Queens, dan juga Crossclimb. Pengguna dihadkan kepada hanya satu sesi permainan setiap hari untuk setiap permainan berkenaan – sekaligus mengelak sebarang pembaziran masa.
Bagi anda yang berminat, boleh memainkan permainan ini secara percuma pada LinkedIn bermula hari ini.