Carian
Aplikasi Google Phone Kini Mempunyai Ciri Audio Emoji
May 2, 2024 Effi Saharudin

Pernahkah anda terfikir untuk menggunakan emoji dengan audio ketika melakukan panggilan telefon? Sekiranya ya dan anda memiliki peranti Android, ciri Audio Emoji yang baru diperkenalkan akan memenuhi impian anda. Ciri ini ditemukan oleh laman 9to5Google dan sebenarnya agak aneh.

Ciri Audio Emoji mula diberikan secara berperingkat kepada pengguna aplikasi Google Phone. Terdapat enam Audio Emoji boleh digunakan setiap satunya dengan animasi pada skrin serta bunyi yang serasi dengan animasi yang dipaparkan. Contohnya terdapat Audio Emoji untuk sedih dengan audio alat muzik trombon.

Untuk mengaksesnya pengguna perlu menekan menu Audio Emoji yang dipaparkan pada skrin aplikasi panggilan telefon. Untuk melihat kesemua animasi ini, penerima panggilan telefon juga perlu menggunakan aplikasi Google Phone.

Komen