Carian
Engler V12 Ialah Kuad-Motor Dengan 1200 Kuasa Kuda
May 2, 2024 Effi Saharudin

Di bawah keluarga motosikal terdapat kuad motor untuk motosikal yang dilengkapi empat roda. Pada awalnya ia digunakan untuk aktiviti lasak seperti di padang pasir atau meneroka belantara yang sukar dilalui motosikal serta kereta biasa. Di Engler, mereka menghasilkan kuad motor bukan untuk aktiviti lasak tetapi untuk prestasi yang melampau.

Engler V12 dilengkapi enjin dengan kuasa sehingga 1200 kuasa kuda. Ia turut hanya seberat 1200 kilogram memberikan V12 nisbah kuasa kepada berat 1:1. Penunggang V12 duduk seperti motosikal dengan terdapat pemegang yang juga sama seperti motosikal. Keseluruhan tubuh kuad motor ini pula diperbuat daripada bahan gentian karbon untuk mengurangkan berat.

Maklumat lengkap mengenai enjin masih belum dikongsi. Engler sekadar mengatakan ia akan memberikan prestasi kereta lumba dan kenderaan ini juga mempunyai beberapa komponen titanium yang dihasilkan menggunakan teknik cetakan 3D.

Selain itu keempat-empat tayar dipasangkan kepada rim sebesar 20″ dengan sistem brek daripada Brembo. Bila Engler V12 akan dijual serta harganya belum lagi diumumkan.

Komen