Huawei Pura70 Kini Boleh Dipra-tempah Di Malaysia – Harga Bermula RM3699
Aman
Huawei sedia membuat pengumuman mengejut berkaitan dengan Huawei Pura70 sebelum ini, dan kini, untuk pasaran Malaysia, Huawei telah memulakan proses pra-tempahan untuk siri peranti berkenaan. Sebanyak tiga model ditawarkan di Malaysia, iaitu Huawei Pura70, Huawei Pura70 Pro dan juga Huawei Pura70 Ultra. Untuk makluman, Huawei Pura adalah siri yang menggantikan Huawei P sebelum ini.

Huawei Pura70 hadir dengan skrin 6.6-inci OLED LTPO 120Hz, dikuasakan memori sehingga 12GB RAM, dan storan sehingga 1TB. Melengkapkan ia adalah bateri 4900mAh dengan pengecasan pantas 66W. Untuk rakaman gambar, Huawei Pura70 menggunakan kamera utama 50MP yang dilengkapkan dengan lensa ultra-lebar 13MP dan lensa telefoto 12MP.
Huawei Pura70 Pro pula hadir dengan skrin 6.8-inci OLED LTPO 120Hz, memori 12GB RAM, storan mencapai 1TB, dan bateri 5050mAh dengan pengecasan pantas 100W. Pada bahagian kamera pula, ia turut menyertakan kamera utama 50MP bersama lensa ultra-lebar 12.5MP dan lensa telefoto 48MP.
Huawei Pura70 Ultra pula hadir dengan skrin 6.8-inci OLED LTPO 120Hz, dilengkapi memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 1TB, dan bateri 5200mAh dengan sokongan pengecasan 100W. Ia hadir dengan kamera utama 50MP bersaiz 1-inci bersama-sama dengan lensa sudut-lebar 40MP, dan lensa telefoto 50MP.

Huawei memfokuskan kepada ciri kamera pada peranti ini, dimana ia hadir dengan sokongan seperti rakaman Ultra Speed Snapshot yang membolehkan anda merakamkan sebarang gerakan pantas dengan jelas. Disamping itu, Huawei Pura70 Ultra tuurt hadir dengan ciri kamera boleh-sentut, membawa kepada rakaman gambar yang lebih cantik melaluinya.
Ketiga-tiga siri peranti juga hadir dengan rekaan yang cantik, serta dilengkapi kaca Super Durable Kunlun Glass. Ketiga-tiga peranti turut menyokong kalis-air 1P68.
Di Malaysia, Huawei Pura 70 ditawarkan pada harga RM3699, Huawei Pura 70 Pro pada harga RM4899, dan Huawei Pura 70 Ultra pada harga RM6599. Pengguna turut boleh menerima rebat RM300 apabila melakukan tukar-ganti dengan sebarang telefon Huawei sebelum ini di Huawei Store atau Urban Republic.