Carian
Anthropic Kini Menawarkan Aplikasi Claude Untuk iPhone Dan iPad – RM99.90 Sebulan
May 2, 2024 Fahim Zahar

Claude adalah perkhidmatan AI generatif oleh Anthropic. Selama ini, Claude hanya boleh digunakan melalui laman web rasmi mereka atau melalui chatbot AI lain yang menggunakan model bahasa raya Claude. Terbaru, Anthropic telah memperkenalkan aplikasi Claude untuk iPhone dan iPad.

Peranti iOS dan iPadOS kini boleh pergi ke App Store dan muat turun Claude. Sama seperti versi web, akaun percuma terhad menggunakan model Claude 3 Sonnet, sementara akaun Pro boleh menggunakan model Claude 3 Opus. Aplikasi akan menyelarikan sejarah perbualan di web, boleh mengimbas imej dan banyak lagi.

Dengan penawaran Claude pada iPhone dan iPad, harga langganan dalam mata wang tempatan turut boleh dilihat. Claude menawarkan dua pelan langganan bulanan, satu untuk individu berharga RM99.90 dan satu lagi Team yang berharga sekitar RM143 sebulan untuk seorang (minima 5). Jika anda ingin jimat beberapa Ringgit, langganan melalui web menggunakan kad seperti Wise atau GX Bank ia hanya sekitar RM96 sebulan.

Komen