Permainan video Assassin’s Creed Mirage akan dilancarkan pada iPhone dan iPad pada 6 Jun depan. Permua ini adalah antara yang diumumkan ketika pelancaran iPhone 15 Pro Max tahun lalu bagi menunjukkan kemampuan cip A17 Pro menjalankan permainan konsol.

Permua ini hanya boleh dijalankan pada Apple 15 Pro dan 15 Pro Max serta iPad yang menggunakan cip Apple M1 ke atas sahaja. Sebelum ini Assassin’s Creed Mirage hanya ditawarkan pada PC dan konsol sahaja. Dengan pelancarannya bulan depan, hanya peranti mudah alih Apple boleh menjalankan permainan ini dengan tiada pengumuman ia akan tiba ke Android dalam masa terdekat. Bagi yang berminat Assassin’s Creed Mirage boleh dipratempah sekarang menerusi Apple App Store.