Carian
Eufy Kini Di Malaysia, Jenama Barangan Rumah Pintar Dan Sekuriti Di Bawah Anker
May 2, 2024 Fahim Zahar

Sejak tahun lepas, Anker telah mengembangkan penawaran pelbagai produk mereka di Malaysia. Dari aksesori kuasa Anker, barangan audio Soundcore dan banyak lagi. Terbaru, Eufy pula telah menapak di Malaysia secara rasmi dengan produk ditawarkan di pelbagai kedai fizikal serta kedai rasmi Shopee dan Lazada turut mula dibuka.

Eufy adalah subjenama Anker untuk produk sekuriti seperti kamera litar tertutup pintar, barangan elektronik pintar dan pelbagai lagi. Menariknya, semua barangan Eufy di Malaysia mempunyai jaminan dua tahun tukar baru-tiada baiki. Untuk kedai fizikal, Eufy boleh didapatkan di;

  • All IT Hypermarket
  • Best Denki
  • Flash Gadget
  • Gadget Zone
  • Grex Multimedia
  • MyAlley
  • TMT (Thunder Match)

Sempena pembukaan kedai rasmi Shopee, Lazada dan produk disenaraikan di kedai terpilih – eufy Edge Security Starter Pack dengan eufy SoloCam C210 dan the eufy Homebase 3, boleh dibeli pada harga RM899 berbanding harga biasa RM 1,558.

Komen