Pada acara khas yang diadakan Microsoft Malaysia hari ini, selain pengumuman pelaburan untuk pasaran tempatan, Microsoft turut berkongsi menyatakan pada hari ini terdapat sekitar 680,000 pembangun yang menggunakan GitHub, setakat tahun 2023.

Satya Nadella mengatakan angka berkenaan memperlihatkan peningkatan dan pertumbuhan sebanyak 28% dari tahun ke tahun. GitHub merupakan salah satu laman yang digunakan meluas oleh para pembangun untuk berkolaborasi, mengemaskini kod, dan sebagainya.
Bersama-sama pengumuman ini, pihak Microsoft turut mempertontonkan GitHub CoPilot Workspace, yang membolehkan penggunaan kecerdasan buatan dalam membantu menyelesaikan pelbagai masalah pengekodan. Ia juga adalah antara perkhidmatan yang menyokong input dalam bahasa Malaysia – berbeza dengan sejumlah penyedia perkhidmatan AI generatif di pasaran hari ini.

Satya Nadella turut menyatakan CoPilot Workspace akan menjadi salah satu perkara yang membawa kepada perubahan drastik dalam pembangunan perisian bergerak ke hadapan.