Era AI PC HP di Malaysia bermula hari ini dengan pelancaran beberapa keluarga komputer riba yang setiap satunya mampu menjalankan beberapa ciri kecerdasan buatan secara terbina pada mesin. Kita mulakan dengan siri HP Elite 1000 Series G11 yang menjimatkan penggunaan tenaga sehingga 38% dalam menjalankan tugasan AI dan pada waktu yang sama memberikan kemampuan bateri sehingga 21 jam dengan sekali caj.
Seterusnya ialah siri HP EliteBook 800 dan 805 Series G11 Notebook PC yang dilengkapi cip Intel Core Ultra 5 serta Core Ultra 7. Ia menyasarkan penggunaan di kalangan pekerja yang mementingkan prestasi tinggi pada komputer riba mereka.
Yang mendapat perhatian kami ialah siri HP Envy x360 dan HP Spectre x360 yang terkenal dengan rekaannya yang bukan sahaja unik tetapi dengan kemasan yang nampak premium. Ia juga mempunyai engsel yang membolehkan skrin diputarkan 360 darjah yang mengubah komputer riba menjadi sebuah tablet serta hadir dengan stylus.
Bagi golongan gamer anda tidak dilupakan kerana OMEN Transcend 14 turut dilancarkan dengan skrin 2.8K OLED 120Hz VRR IMAX Enhanced, dijana cip pemproses sehingga Intel Core Ultra 9 185H dan GPU NVIDIA GeForce RTX 4070. Dengan NPU terbina, pemalam OpenVINO bagi OBS boleh menawarkan peningkatan kadar bingkai ketika menstrim sehingga 24.6%.
Akhir sekali bagi golongan yang memerlukan komputer kerja prestasi tinggi, siri HP Z Book baharu juga turut diumumkan sebentar tadi. Sebagai contoh HP ZBook Power G11 ialah komputer riba dengan skrin16” yang dipadakan dengan GPU NVIDIA RTX 3000. Ini membolehkan HP ZBook Power G11 melakukan tugasan menghasilkan model 3D modeling.
Turut diumumkan ialah HP Z Book Fury yang direka untuk melakukan suntingan video 8K, kesan khas 3D dan menjalankan model AI terbina pada mesin. Komputer riba ini dilengkapi cip Intel Core HX dan GPY NVIDIA RTX 5000.
Harga jualan kesemua AI PC yang diumumkan hari ini adalah seperti di bawah.
- The HP Elite 1000 Series G11 Notebook PC- bermula RM 8,499
- The HP EliteBook 800 dan 805 Series G11 Notebook PC – bermula RM 5,999
- The HP EliteBook 600 dan 605 Series G11 Notebook PC – bermula RM 4,699
- The HP ProBook 400 dan 405 Series G11 Notebook PC – bermula RM 4,399
- The HP Pavilion Plus PC – bermula RM4,299
- The HP Envy x360 PC – bermula RM4,399
- The HP Spectre x360 – Bermula RM7,699
- OMEN Transcend 14 – bermula RM7,999
- Kesemua HP Z Book – akan diumumkan kelak