Carian
AMD
AMD Menyambut Ulang Tahun Ke-55 Dengan Memperlihatkan Gambar Yang Disunting Menggunakan AI
May 3, 2024 Nazrin

AMD nampaknya akan menyambut ulang tahun ke-55 mereka pada tahun ini, dan sehubungan dengan itu, telah melancarkan sebuah laman web istimewa yang memperlihatkan sejumlah gambar yang menunjukkan sejarah pembangunan syarikat tersebut.

Apa yang sedikit menarik mengenai gambar-gambar ini ialah AMD menunjukkan sejumlah gambar ikonik hitam dan putih yang diwarnai menggunakan teknologi kecerdasan buatan seperti Adobe Photoshop Neural Filters dan Topaz Photo AI yang menggunakan perkakasan yang dikuasakan teknologi AMD Ryzen AI.

Salah satu contoh ialah gambar hitam dan putih pekerja ke-12 AMD, Rich Previte yang ditunjuk sedang berdiri dihadapan sebuah mikroskop elektron. Beliau merupakan salah satu daripada Ketua Pegawai Kewangan dan Presiden syarikat tersebut dan telah bertugas untuk AMD selama 30 tahun.

Gambar pecah tanah ini di Sunnyvale, California merupakan lokasi pejabat 915 Deguigne, dimana AMD akan beroperasi selama 47 tahun sebelum berpindah ke Santa Clara.

Bukan itu sahaja, gambar CEO pertama AMD, Jerry Sanders juga diberikan penaiktarafan yang sama, dimana teknologi AI memberi gambar yang lama ini sentuhan warna yang menarik.

Bukan gambar sahaja, AMD juga telah memuat-naik video ulang tahun ke-40 yang dinaik-taraf ke resolusi 4K menggunakan perkhidmatan Topaz AI.

AMD sudahpun memperkenalkan dua siri CPU yang tampil dengan cip NPU terbina, termasuklah AMD Ryzen 8040 dan AMD Ryzen 7040, dan dijangka akan terus memperkenalkan siri CPU dengan teknologi AI di masa hadapan.

Komen