Oppo Malaysia mengumumkan harga jualan peranti A38 dan A18 dikemaskini menjadi lebih murah. Melaluinya diskaun menarik diberi yang menjadikan Oppo A18 (4/12GB) boleh dimiliki pada RM459. Sementara itu Oppo A38 (6/128GB) pula berharga RM549 sebuah. Ketersediaan adalah bermula sekarang melalui laman web rasmi Oppo Malaysia.

Untuk spesifikasi Oppo A18 dilengkapi skrin LCD HD+ sebesar 6.56-inci dengan kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya dijana dengan cip Mediatek Helio G85, memori 4GB RAM, storan dalaman 128GB eMMC 5.1 dan bateri 5000mAh. Selain dimuatkan sistem dwi-kamera utama 8MP + 2MP dan swafoto 5MP.


Oppo A38 pula menggunakan skrin 6.56″ LCD HD+ 90Hz, dijana cip Helio G85, memori 4GB RAM, storan 128GB dan bateri 5000 mAh dengan pengecasan 33W SuperVOOC. Kamera utama terdiri daripada sensor 50MP f/1.8 sudut lebar yang dipadankan dengan sensor kedalaman 2MP. Di hadapan pula sensor 5MP digunakan untuk kamera swafoto.