Lanjutan daripada pembangunan sebelum ini, kini Google telah mengaktifkan pintasan untuk Google Gemini terus melalui bar URL pelayar web Google Chrome. Dengan langkah ini, pengguna boleh melakukan akses pantas kepada Google Gemini, dengan hanya menaip @Gemini pada bar URL.

Sebaik sahaja bertanyakan sesuatu perkara, ia akan seterusnya membawa pengguna ke laman Google Gemini, dan memperlihatkan atau menjana jawapan berkenaan dengan apa yang ditanya pengguna.
Sebelum dapat menggunakan ciri ini, pengguna perlu memastikan telah log masuk ke akaun Google pada pelayar web Chrome. Sebaliknya, ia hanya akan membawa kepada halaman sehenti Google Gemini, dan tiada sebarang jawapan akan dijana.
Pada masa yang sama juga, Google Gemini masih tidak menyokong bahasa Malaysia, dan memaparkan jawapan untuk bahasa Inggeris dan beberapa bahasa lain sahaja buat masa ini.
Anda yang menggunakan Google Chrome, boleh mengemaskini kepada Chrome 124, dan menikmati ciri ini dengan menaip @Gemini pada bar URL.