Carian
OpenAI Dijangka Memperkenalkan Produk Memfokuskan Carian Tidak Lama Lagi – Menyaingi Google
May 3, 2024 Aman

OpenAI kini dilaporkan dalam persiapan untuk memperkenalkan produk carian pertama mereka, berkemungkinan dinamakan ChatGPT Search. Domain untuknya dilihat telah didaftarkan dibawah search.chatgpt.com.

Buat masa ini, laman berkenaan masih tidak aktif. Mengikut spekulasi awal, OpenAI dijangka menawarkan enjin carian yang dikuasakan ChatGPT, sekaligus menyaingi sejumlah produk carian dipasaran, termasuk Google.

Desas-desus berkaitan pengenalan enjin carian ini telah diperkatakan sejak beberapa bulan sebelum ini. Ketika itu, ia diperkatakan sebahagian daripada produk carian ini turut akan dikuasakan oleh Bing milik Microsoft.

Ia tidak diketahui lagi sama ada penawaran ini akan dapat menyaingi dominasi Google ataupun sebaliknya. Microsoft sendiri baru-baru ini telah menyatakan Bing digunakan lebih 140 juta pengguna setiap hari, memperlihatkan peningkatan yang positif sejak integrasi teknologi kecerdasan buatan.

Komen