Carian
KIMIA Malaysia Memperkenalkan Makmal Bergerak Dalam Tingkat Keupayaan Tangani Bencana Libatkan Bahan Kimia
May 3, 2024 Aman

KIMIA Malaysia kini mengumumkan pelancaran makmal bergerak, sebagai salah satu usaha dalam meningkatkan keupayaan dan kesiapsiagaan dalam menangani sebarang bentuk bencana melibatkan bahan kimia.

Makmal bergerak ini dilengkapi dengan pelbagai peralatan saintifik berteknologi tinggi, dan boleh menyediakan laporan awal dalam menentukan tahap keselamatan sesuatu kawasan insiden, selain penilaian risiko di tempat tersebut.

Sebelum ini juga, KIMIA Malaysia telah menubuhkan Pasukan Tindakan Chemical, Biological, Radiological, Nuclear and Explosives – susulan daripada tragedi pencemaran sungai dan udara yang pernah berlaku sebelum ini. Pasukan ini boleh bertindakbalas terhadap insiden dan bencana kimia, dan mengambil langkah awal menanganinya.

Komen