Carian
Bose SoundLink Max Dilancarkan Dengan Bateri 20 Jam
May 3, 2024 Amy Maizuraa

Bose telah melancarkan pembesar suara mudah alih baharu dinamakan sebagai SoundLink Max. Melalaui binaan tahan lasak dan hayat bateri berpanjangan menjadikannya sesuai digunakan bagi tujuan riadah. Selain turut melepasi penarafan IP67 yang bermakna kalis air dan habuk.

Bose melengkapkan lagi pembesar suara ini dengan tiga set pemandu audio di bahagian hadapan untuk mencipta bunyi dari pelbagai arah seolah-olah mendengar secara semula jadi. Dua radiator pasif yang menghala ke bawah juga disertakan bagi pengagihan suara dan tahap output bass lebih baik.

Terdapat juga butang pintasan terbina untuk pelbagai kawalan yang termasuk mendayakan Spotify Tap. Tambatan pantas boleh dibuat menerusi bluetooth 5.3 yang juga menyokong sambungan pintar dwi-peranti serentak. Sementara itu, codec yang disokong pula ialah AAC, SBC, AAC dan aptX Adaptive.

Akhir sekali, bateri disertakan boleh beroperasi sehingga 20 jam dan boleh dicas semula melalui port USB-C disediakan. Bose SoundLink Max dijual pada harga £399 (~RM2,371) sebuah dengan pilihan warna biru dan hitam.

Komen