Carian
Corsair One i500 Tertiris – PC Padat Dengan Rekaan, Komponen Serba Baru
May 3, 2024 Nazrin

Siri komputer padat (small form factor) Corsair One nampaknya akan memperlihatkan rekaan serba baru tidak lama lagi, jika tirisan butiran dan rekaan oleh gedung komputer atas talian Newegg boleh dipercayai.

Dinamakan Corsair One i500, komputer padat ini dilihat hadir dengan saiz yang lebih kurang sama seperti model sebelum ini, tetapi hadir dengan panel sisi yang diperbuat daripada kayu berwarna cerah dan gelap. s

Dari segi komponen pula, Corsair One i500 ini merumahkan komponen-komponen yang berkuasa, seperti Intel Core i9-14900K, memori DDR5 sehingga 32GB, storan SSD PCIe 5.0 sebesar 2TB dan pilihan kad grafik sehingga NVIDIA GeForce RTX 4080 Super.

Menurut Corsair sendiri, mereka telahpun mengacahkan kehadiran kemaskini Corsair One i500 ini sebelum ini, tetapi tidak banyak butiran yang diketahui mengenainya. Dalam pada itu mereka juga telah menetapkan tarikh pelancaran komputre ini pada 6 Mei 2024. Tanda harga model paling berkuasa komputer ini tertiris oleh Newegg pada harga $3599 di Amerika Syarikat. Setakat ini ia tidak diketahui lagi jika komputer rini akan ditawarkan di pasaran-pasaran lain.

Komen