Carian
Tim Cook Percaya Apple Akan Mempunyai Kelebihan Tersendiri Dalam Arena AI Generatif
May 3, 2024 Aman

Pada hari ini, pelbagai syarikat teknologi telah mula mengintegrasikan sokongan kecerdasan buatan pada produk-produk mereka. Namun, Apple masih senyap berkaitan dengannya buat masa ini.

Menyentuh berkenaan dengannya, Tim Cook mengacah yang mana Apple mempunyai kelebihan mereka dalam kombinasi perkakasan, perisian dan integrasi perkhidmatan – sekaligus dijangka menawarkan penawaran kecerdasan buatan lebih baik. 

Tim Cook

Mengikut desas-desus sebelum ini, Apple dijangka mengintegrasikan cip Apple M4 yang lebih berkuasa dengan pemprosesan NPU berkuasa. Disamping itu, ia turut diperkatakan Apple akan memfokuskan kepada pemprosesan model AI terus pada peranti – tanpa perlu menghantar sesuatu perkara ke sebarang pelayan, dan terus memfokuskan kepada privasi seperti penawaran produk mereka yang lain.

Apple sedia menjadualkan pengenalan iPad baharu pada bulan Mei ini, dimana kita mungkin melihat langkah awal Apple dalam arena ini, sebelum acara WWDC 2024 kelak.

Komen