Carian
Beberapa Perkhidmatan Maybank Akan Tergendala Pada 4 Mei 2024
May 3, 2024 Amy Maizuraa

Maybank menerusi kemaskini baharu memaklumkan bahawa beberapa perkhidmatan utamanya akan mengalami gangguan pada 4 Mei 2024. Ia tidak dapat diakses untuk sementara waktu di antara jam 11:30 – 11:59 malam. Hal ini berlaku disebabkan oleh penyelenggaraan pada sistem bagi membolehkan pengalaman beli-belah tanpa gangguan sewaktu jualan murah bulanan 5.5 mendatang. Senarai perkhidmatan-perkhidmatan yang terlibat adalah seperti:

  • Maybank2u & pembayaran atas talian
  • Aplikasi MAE
  • Aplikasi QRPay Biz
  • Aplikasi Maybank Wealth
  • Pembayaran FPX
  • Transaksi kad debit
  • Mesin ATM
  • Mesin deposit cek
Maybank

Maybank memohon maaf kepada semua pelanggan atas kesulitan yang berlaku. Dalam masa sama, menyarankan mereka untuk membuat sebarang transaksi lebih awal. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan, sila kemukan aduan melalui emel rasmi di [email protected].

Komen