HMD telah mengumumkan tiga peranti baharu di bawah nama Nokia 215 4G, Nokia 225 4G dan Nokia 235 4G. Ketiga-tiganya dilihat berkongsi sebahagian besar aspek yang sama khususnya binaan dan perkakasan dalaman. Namun kelebihan disediakan pada Nokia 225 4G dan Nokia 235 4G yang mempunyai sokongan kamera di belakang.

Berkongsi lebih lanjut, Nokia 215 4G dan Nokia 235 4G menggunakan skrin LCD QVGA sebesar 2.8-inci. Sementara itu Nokia 225 4G pula bersaiz lebih kecil dengan saiz skrin 2.4-inci. Kesemua peranti kemudiannya digabungkan dengan cip Unisoc T107 (22 nm), memori 64MB, storan dalaman 128MB untuk tunjang utama.

Peranti juga mempunyai bateri 1,450mAh yang boleh ditanggalkan dan dicas semua melalui port USB-C. Seterusnya kamera sebesar 0.3MP digunakan pada Nokia 225 4G dan 2MP pula pada Nokia 235 4G. Lain-lain spesifikasi termasuk bicu audio 3.5mm, sambungan bluetooth 5.0, FM Radio dan menjalankan sistem operasi S30+.