Samsung mengumumkan ketersediaan rasmi tablet baharu Galaxy S6 Lite (2024) untuk pasaran Malaysia. Ia boleh didapati pada harga RM1,499 sebuah dengan pilihan storan 128GB. Ketersediaan pula bermula sekarang melalui laman web rasmi Samsung Malaysia.

Untuk spesifikasi, tablet ini dilengkapi skrin sebesar 10.4-inci dengan resolusi WUXGA+ (2000 x 1200 piksel). Ia kemudiannya dijana dengan cip Exynos 1280 dengan gabungan memori 4GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri 7,040mAh disertakan pula menjanjikan sekurang-kurangnya 14 jam main balik video tanpa henti.
Selain itu, sistem kamera digunakan terdiri dengan 8MP untuk utama dan swafoto sebesar 5MP. Tablet ini juga menjalankan pelancar baharu One UI 6.1 dan diberikan sokongan S-Pen bagi bantu meningkatkan kemampuan multi-tugas.