Pasaran NFT boleh dikatakan telah kurang menjadi tumpuan berbanding tahun 2022 lepas, sekaligus membawa kepada transaksi yang semakin berkurangan, dan harga pelbagai koleksi NFT yang merudum dari masa ke semasa. Salah satu yang terkesan disebabkan hal ini adalah koleksi NFT Bored Ape Yacht Club.
Koleksi BAYC ini pernah mencapai nilai sehingga 128 Ether pada suatu ketika dahulu, tetapi kini didagangkan sekitar 13 Ether sahaja. Ia memperlihatkan kehilangan nilai hampir 90%. Selain kejatuhan nilai NFT tersebut sendiri, nilai kriptowang Ethereum juga telah memperlihatkan penurunan berbanding nilai puncak suatu ketika dahulu.

Disamping itu, syarikat disebalik BAYC, iaitu Yuga Labs kini turut mengumumkan akan mengurangkan sejumlah pekerja mereka. Yuga Labs mengatakan langkah strategik tersebut terpaksa diambil dalam memastikan kelangsungan syarikat mereka.
Selain kejatuhan nilai NFT secara mendadak, token dibawah Yuga Labs, iaitu ApeCoin juga memperlihatkan penurunan drastik, selain permainan Otherside yang sebelum ini dipasarkan sebagai projek metamesta mereka juga seperti kurang kedengaran kebelakangan ini.