Carian
Meta Menjanjikan Capaian Lebih Tinggi Di Facebook Dan Instagram Untuk Pelanggan Berbayar Meta Verified
May 5, 2024 Aman

Meta sedia memperkenalkan langganan Meta Verified, yang menambah tanda calit biru pada akaun Facebook atau Instagram. Ia sedia ditawarkan untuk akaun individu, dan telah turut mula diperkenalkan secara berperingkat untuk pelanggan perniagaan atau akaun Meta Business. Melalui kemaskini terbaru, Meta turut mengumumkan dua ciri tambahan untuk para pelanggan perniagaan yang melanggan Meta Verified.

Yang pertama adalah penemuan yang lebih baik bagi para pelanggan Meta Verified, dan satu lagi penawaran baharu adalah kedudukan yang lebih tinggi ketika pengguna melakukan carian berkaitan dengan profil perniagaan berkenaan.

Nampaknya, ini mungkin adalah penyelesaian untuk pengguna yang menggunakan Facebook Pages dan inginkan capaian lebih baik untuk akaun mereka. Seperti ramai sedia maklum, Facebook telah mula mengehadkan paparan Facebook Pages pada NewsFeed, dan terdapat beberapa akaun yang memperlihatkan penurunan mendadak dari segi capaian. Mungkin untuk mengatasinya, kini Meta meminta pengguna membayar.

Tetapi, pada masa yang sama, ia tidak dapat dipastikan lagi bagaimanakah kadar capaian melalui langganan Meta Verified ini buat masa ini. Ciri Meta Verified untuk Pages juga masih terhad dan belum diperkenalkan secara meluas lagi buat masa ini.

Komen