Helldivers 2 ialah permainan daripada studio PlayStation yang mendapat sambutan paling hangat di kalangan pengguna PC sejak Februari lalu. Ia dipandang sebagai cara terbaik memuaskan hati pemilik konsol dan PC pada waktu yang sama tidak memerlukan kos AAA yang tinggi.

Minggu lalu Sony mengeluarkan kenyataan pemain Helldivers 2 di Steam perlu memiliki akaun PlayStation Network (PSN) untuk terus menikmati permainan. Dalam masa beberapa hari sahaja ribuan komen negatif ditinggalkan oleh pemain sebagai tanda protes.
Selepa menerima kecaman pemain, PlayStation mengeluarkan kenyataan tidak akan meneruskan hasrat untuk memerlukan pemain Steam memiliki akaun PSN. Tindakan diambil selepas mengambil kira kesemua maklum balas pemain di PC. Mereka berterima kasih kepada pemain Helldivers II yang menyokong permainan mereka.
Tindakan Sony ini tidak popular bukan sahaja melecehkan pemain PC tetapi juga akan menyebabkan akaun mereka dihalang untuk sesi multipemain walaupun permainan sudah dibeli. Tambah tragis PSN tidak disokong di semua negara seperti Afghanistan misalnya yang membuatkan penduduk negara tersebut tiada pilihan untuk mendaftarkan akaun.
Ketika artikel ditulis Helldivers, hanya 53% pemain memberikan ulasan negatif pada laman Steam permainan. Ini adalah kejatuhan mendadak sekitar 70% positif sebelum Sony mengumumkan keperluan akaun PSN.