Carian
Inisiatif Solar@PETRA – Program “Solar Boleh” Diumumkan Bagi Menggalakkan Langganan Solar
May 6, 2024 Ikhwan Nazri

Malaysia mempunyai satu agenda dalam peralihan karbon dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) diwujudkan untuk mempercepat pertumbuhan ini. Menerusi inisiatif ini, PETRA turut bekerjasama dengan Bank Simpanan Nasional, AEON Malaysia dan juga SOLS Energy bagi merancakkan pemasangan sistem solar di rumah pengguna.

Menerusi kerjasama ini, ketiga-tiga entiti ini akan menawarkan faedah tersendiri bagi menggalakkan pengurangan pembebasan karbon, disamping turut menjana pendapatan dikalangan pengguna. 

Bagi pengguna yang berminat untuk memasang sistem solar, mereka hanya perlu pergi ke cawangan AEON berhampiran di seluruh negara, dan setiap pemasangan akan mendapat 2 kali ganda mata ganjaran AEON. Malah 100 pembeli pertama akan menerima mata ganjaran tambahan 40,000 sempena ulang tahun AEON ke-40.

Bank Simpanan Nasional akan menawarkan skim pembiayaan solar menerusi produk MyRinggit-i panel Solar yang ditawarkan untuk kakitangan kerajaan menerusi potongan gaji yang menawarkan kadar keuntungan yang kompetitif berdasarkan janaan kuasa solar pengguna. 

Dan melengkapkan kerjasama ini adalah SOLS Energy yang memberikan langganan solar tanpa sebarang modal atau kos pemasangan dari pengguna, membolehkan pemasangan solar mampu milik untik pengguna domestik.

Ini bakal melengkapkan Program Solar BOLEH! yang dilancarkan PETRA dan bagi yang berminat, anda boleh ke cawangan AEON berhampiran atau layari laman web SolarBoleh untuk maklumat lanjut. 

Komen