Carian
JPJ Menegaskan Tidak Pernah Beri Kelulusan Kepada BJAK Untuk Jalankan Urus Niaga Pembaharuan Cukai Jalan
May 6, 2024 Aman

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini mengeluarkan kenyataan rasmi, dan menegaskan yang maman Kementerian Pengangkutan Malaysia mahupun JPJ sendiri tidak pernah memberikan kelulusan kepada pihak BJAK untuk menjalankan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan.

BJAK sebelum ini sedia memasarkan perkhidmatan mereka sebagai pusat sehenti dalam memudahkan pembaharuan cukai jalan, termasuk menggunakan perkataan promosi menyatakan perkhidmatan mereka “diaudit, disah dan diluluskan oleh JPJ”.

JPJ turut menyatakan beberapa pengguna telah melakukan aduan yang mana pembaharuan cukai jalan yang dilaksanakan melalui BJAK – tetapi tempoh sah laku tidak dikemaskini. 

JPJ menekankan yang mana tiada sebarang integrasi sistem antara JPJ dan juga sistem yang digunakan oleh BJAK. JPJ mengalakkan pengguna menggunakan perkhidmatan seperti MyEG, kaunter JPJ, aplikasi myJPJ dan sebagainya untuk proses pembaharuan.

Komen