Carian
Mufti Selangor : Haram Beli Kad Jaminan Atau “Extended Warranty” Secara Berasingan
May 6, 2024 Aman

Mufti Selangor sering menjawab pelbagai persoalan yang ditujukan. Terbaru, pihak Mufti Selangor turut menjawab sebuah persoalan yang melibatkan berkaitan dengan pembelian kad jaminan atau extended warranty untuk sesuatu produk. Seperti ramai sedia maklum, terdapat beberapa jenama yang menawarkan jualan jaminan tambahan secara berasingan untuk produk mereka, termasuk antaranya adalah Apple melalui Apple Care.

Menjawab berkenaan dengan persoalan berkenaan, pihak Mufti Selangor menyatakan ia dibenarkan untuk menjual barang bersama dengan jaminan servis baik-pulih untuk tempoh tertentu, dan ia membawa manfaat kepada pembeli. Hal ini adalah diharuskan.

Namun, sekiranya membeli kad jaminan atau extended warranty secara berasingan – seperti membeli jaminan baharu selepas ia tamat tempoh jaminannya, maka ia tidak harus kerana mempunyai unsur gharar. Hal ini kerana pembeli berkenaan membeli dan membayar sesuatu yang bersifat mungkin atau tidak tentu – sama ada akan peroleh manfaat daripada servis baik-pulih tersebut, dan kemungkinan tidak dapat.

Mufti Selangor turut menyatakan kebanyakkan ulama kontemporari memutuskan hal ini haram. Ini kerana kerosakkan adalah suatu yang tidak pasti berlaku, namun bayaran telah dibuat. Ia diterangkan yang perkara ketidakpastian ini adalah gharar dan perjudian atau qimar.

Pengharaman ini adalah juga sama seperti insurans konvensional yang menganduni unsur-unsur sama. Namun, sekiranya ia didasari dengan takaful, maka diharuskan atas akad tabarruq.

Komen