Carian
Sony Xperia 1 VI Tertiris, Masih Fokus Kepada Pengguna Profesional
May 7, 2024 Fahim Zahar

Tidak dinafikan yang telefon pintar Sony Xperia 1 adalah peranti mercu yang menarik. Walau bagaimanapun Sony yang menyasarkan pengguna profesional masih tidak berjaya menjadikan peranti mereka sebagai gajet untuk Pro. Terbaru, Xperia 1 VI mungkin akan mengubah persepsi orang ramai.

Sekali lagi, Xperia 1 VI adalah sebuah telefon pintar yang memfokuskan fotografi dan juga untuk mencipta kandungan. Di belakang terdapat tiga kamera untuk zum nirhilang 2x, sudut ultra-lebar dengan jarak fokus 16mm dan juga sensor telefoto 3.75x-7x zum. Kesemua kamera ini menggunakan lensa Zeiss dan juga sensor Sony Exmor T for Mobile seperti tahun lepas.

Skrin peranti dikatakan tidak lagi panjang dan tirus seperti biasa, sebaliknya akan menjadi lebar seperti kebanyakan telefon pintar. Skrin turut akan menyokong kadar segar semula adaptif, dijana Sony Pictures Core dan menggunakan profil warna TV Bravia. Untuk audio sokongan  Hi-res, spatial 360 darjah, LDAC, dan DSEE Ultimate.

Cip adalah Snapdragon 8 Gen 3, bateri 5000mAh, turut terbina adalah sistem penyejukan yang lebih baik, memori sehingga 12GB RAM dan Sony turut dijangka membawa sesuatu yang berkaitan dengan Bravia dan PlayStation untuk Xperia 1 VI ini. Sama-sama kita nantikan.

Komen