Penggunaan chatbot AI kini semakin berleluasa. Baik dari dalam telefon pintar atau juga pada versi web. Perkhidmatan seperti Microsoft Copilot dan Google Gemini menyertakan pemalam agar sistem AI boleh mengakses lebih banyak perkhidmatan lain hanya dengan prom ringkas. Misalnya Copilot dengan Sono atau Gemini dengan YouTube. Terbaru, Gemini dilaporkan akan hadir dengan pemalam YouTube Music pula.

Dengan pemalam ini, apabila ia diaktifkan pengguna boleh memberi prom untuk mencari atau memainkan lagu. Menurut sumber, ciri ini akan memberi Gemini hasil carian yang lebih baik berbanding biasa. Apabila hasil carian dikeluarkan, muzik yang ditekan akan membuka laman web atau aplikasi YouTube Music.

Perlu diingatkan yang ciri ini akan mengakses data akaun YouTube Music, senarai main, sejarah main-balik dan pelbagai informasi lain untuk memastikan semua hasil carian adalah bersesuaian dengan pengguna. Ciri seperti ini adalah satu lagi bukti kenapa perkhidmatan AI hanya patut hadir dalam bentuk aplikasi bukannya peranti fizikal.