Stack Overflow, laman web forum yang digunakan oleh berjuta pengguna untuk mendapatkan jawapan tentang persoalan tentang teknik-teknik pengaturcaraan dilaporkan telah menandatangani persetujuan untuk membekalkan data pembelajaran mesin kepada OpenAI.
Ini bermakna bahawa platform-platform AI yang menggunakan ChatGPT tidak lama lagi akan boleh memberikan jawapan-jawapan yang lebih jitu berkenaan topik berkaitan pengaturcaraan tidak lama lagi. Untuk Stack Overflow pula, ia akan lebih mudah untuk mereka membangunkan teknologi AI generatif untuk platform mereka sendiri.

Apa yang menarik mengenai kerjasama ini juga ialah ini bukanlah kali pertama Stack Overflow menandatangani persefahaman untuk menggunakan data forum mereka untuk tujuan pembelajaran mesin. Sebelum ini mereka juga telah bekerjasama dengan Google untuk memperbaiki mutu pembelajaran mesin Gemini.
Malah, sebelum persetujuan dengan OpenAI ini, mereka dilarang daripada menggunakan data Stack Overflow untuk pembelajaran mesin mereka, tetapi kini dengan Stack Overflow sendiri dilihat sedang berjinak dengan penggunaan teknologi AI generatif, pendirian mereka mengenai teknologi ini telahpun berubah.
Stack Overflow dijangka akan memperkenalkan ciri-ciri baru di laman web mereka bermula bulan Jun tahun ini.