Carian
MAI-1 Adalah LLM Microsoft Yang Dilaporkan Akan Bersaing Dengan ChatGPT
May 7, 2024 Fahim Zahar

Kejayaan chatbot kecerdasan buatan Microsoft iaitu Copilot adalah kerana OpenAI. Microsoft merupakan pelabur besar dan teknologi ChatGPT serta DALL.E digunakan pada Copilot. Microsoft turut membangunkan superkomputer untuk OpenAI melatih model bahasa raya mereka. Terbaru, The Information melaporkan yang MIcrosoft sedang membangunkan model bahasa raya yang akan bersaing dengan ChatGPT.

Model ini diberi nama sebagai MAI-1 yang dikendalikan oleh Mustafa Suleyman iaitu bekas pekerja AI Google yang kini bekerja di Inflection. Microsoft turut telah mengambil ramai pekerja Inflection untuk membangunkan model AI mereka dan turut membayar sebanyak $650 juta untuk mendapatkan teknologi mereka. Spekulasi yang tersebar di Internet sekarang adalah, Microsoft ingin menggantikan model bahasa raya GPT ke MAI-1.

Walau bagaimanapun, Frank Shaw selaku ketua komunikasi Microsoft menjelaskan yang berita ini adalah sesuatu yang mengelirukan. Ini kerana menurut Kevin Scott selaku ketua pegawai teknologi Microsoft, Microsoft akan masih bekerjasama dengan OpenAI untuk bertahun-tahun lagi. Mereka telah bekerjasama untuk lima tahun dan walaupun MAI-1 sedang dilatih dan dibangunkan, ia adalah teknologi yang akan memanfaatkan orang ramai dan tidak salah untuk mereka menjayakan kedua-dua model bahasa raya berbeza.

Komen