Carian
Samsung Exynos Mungkin Tidak Menggunakan Cip Grafik AMD Bermula Tahun 2026
May 7, 2024 Nazrin

Sistem-atas-Cip Samsung Exynos dilihat menggunakan cip grafik AMD didalamnya untuk beberapa tahun, termasuklah penawaran Samsung Exynos 2400 yang dilancarkan tahun ini untuk siri peranti Samsung Galaxy S24, dan juga Samsung Exynos 2500 yang akan diperkenalkan untuk peranti tahun hadapan.

Terkini, Roland Quant, peniris maklumat berkenaan peranti pintar yang cukup dipercayai untuk maklumatnya telah mengatakan bahawa bermula tahun 2026 kelak, Samsung tidak lagi akan menggunakan cip grafik AMD dalam penawaran SoC Samsung Exynos mereka.

Menurut beliau, Samsung akan membangunkan cip grafik mereka sendiri yang akan digunakan pada cip Samsung Exynos bermula tahun tersebut. Pada tahun lepas, Samsung telah menandatangani sambungan kepada perjanjian asal dimana Samsung akan dibenarkan untuk menggunakan teknologi grafik AMD. Memperlihatkan kepada ciapan Roland Quant, Samsung nampaknya tidak akan memperbaharui perjanjian tersebut selepas ia tamat tempohnya selepas ini.

Komen