MediaTek hari ini melancarkan Dimensity 9300+ sebagai cip kelas mercu 4nm TSMC yang mempunyai kemampuan menjalankan kecerdasan buatan (AI) generatif pada peranti. Ia dilengkapi lapan teras CPU dengan konfigurasi 1 X CPU Cortex-4 3.4GHz, 3 X Cortex-X4 dan 4X Cortex-A720. Ini dipadankan dengan GPU Arm Immortalis-G720 yang menjanjikan peningkatan prestasi 20% lebih baik untuk senario permainan tertentu.

Cip juga memanfaatkan teknologi HyperEngine terkini seperti MediaTek Adaptive Gaming Technology (MAGT) yang bukan sahaja mampu meningkatkan prestasi dalam permainan. Malahan mampu memanjangkan hayat bateri dan memastikan suhu peranti sentiasa stabil. Selain turut mengintegrasikan MediaTek Network Observation System (NOS) untuk rangkaian WiFi/Selular lebih baik.
APU 780 disokong membolehkan ia menjalankan pelbagai model kecerdasan buatan (AI) terkini seperti 01.AI Yi-Nano, Alibaba Cloud Qwen, Baichuan AI, ERNIE-3.5-SE, Google Gemini Nano, dan Meta Llama 2 dan Llama 3. Dimensity 9300+ juga menyokong resolusi paparan 4K pada kadar segar semula 120Hz, atau WQHD pada 180Hz.

Menerusi cip ISP Imagiq 990 pula, sensor kamera sehingga 320MP dan kemampuan rakaman video maksimum 8K30 (7690 X 4320) boleh digunakan. Cip juga dilengkapi AI Semantic Analysis Video Engine yang boleh meningkatkan kandungan video dengan warna dan butiran lebih baik. Rangkaian 5G (Sub-6GHz 4CC-CA) turut boleh dinikmati menerusi modem 5G R16 dengan kelajuan muat turun sehingga 7Gbps.
Peranti Vivo X100s dan X100s Pro telah disahkan akan menggunakan Dimensity 9300+ dengan ia dilancarkan dalam masa terdekat.