Jika dahulu peranti ditambah baik dari segi spesifikasi, rekabentuk dan kamera. Kini, inovasi berganti inovasi, kebanyakkan jenama telah pun mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI) ke dalam telefon pintar. Dengan kehadiran AI, ia sedikit sebanyak dapat membantu memudahkan pelbagai tugas harian kita. Perkembangan integrasi AI yang semakin berkembang ini, membuatkan ramai pengguna menanti-nantikan peranti yang bakal menerima sokongan AI supaya dapat membawa pengalaman penggunaan yang lebih menyeronokkan apabila menggunakan telefon pintar.
Oleh itu, Samsung juga tidak melepaskan peluang untuk memberikan ciri Galaxy AI pada beberapa model peranti mereka. Melalui penawaran ini, pengguna peranti Samsung diberikan peluang untuk merasai sendiri pengalaman penggunaan peranti yang lebih pintar. Sebelum ini, ciri Galaxy AI hanya ditawarkan pada siri Galaxy S24. Sekarang, ciri ini turut diberikan pada Galaxy S23, S23 FE, Tab S9, Z Flip5 dan juga Z Fold5. Tentu anda tertanya-tanya, bagaimanakah dengan penawaran ciri Galaxy AI ini dapat meningkatkan lagi pengalaman semasa menggunakan peranti. Oleh itu, akan kami rungkaikan satu demi satu melalui artikel ini.
Gambar Tidak Diingini Bukan Satu Masalah Lagi
Pernahkah anda merakam gambar, tetapi gambar yang dihasilkan tidak begitu memuaskan. Ini kerana terdapat objek atau orang lain yang tidak diingini. Masalah ini tidak perlu dirisaukan lagi, jika anda menggunakan Samsung Galaxy AI.
Ini kerana peranti yang disenaraikan diberikan ciri Galaxy AI dimana ia mempunyai Photo Assist. Melaluinya, anda boleh membuang kesan pantulan, objek atau orang lain yang mengganggu gambar. Jadi, anda bolehlah merakam gambar tanpa risaukan gangguan atau objek yang tidak diingini masuk ke dalam gambar.
Penggunaaan Yang Lebih Mudah
Seperti yang kita tahu, Galaxy Z Flip5 mempunyai Flex Window yang membolehkan anda menggunakan telefon tanpa membuka lipatan. Sebagai contoh, menggunakan ciri Photo Assist untuk menyunting gambar yang tidak diingini supaya menjadi lebih menarik. Dimana ciri ini membolehkan anda melaras sudut imej dan kemudian menjana latar belakang baharu bagi mengisi jurang yang ada. Anda juga boleh buang mana-mana objek atau orang yang mengganggu latar belakang gambar.
Lebih Produktif Dengan Ciri Galaxy AI
Jika anda seorang yang mementingkan produktiviti pula, Galaxy Z Fold5 juga turut menerima ciri Galaxy AI. Dimana anda boleh gunakan ciri Note Assist yang membantu mengubah mana-mana nota pilihan anda kepada format lain yang lebih elok. Sebagai contoh, nota dalam bentuk perenggan ataupun karangan boleh ditukarkan dalam bentuk senarai. Jadi, anda bolehlah melakukan dua kerja secara serentak dimana mengambil nota pada satu belah skrin dan mencari maklumat pada skrin satu lagi. Ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan produktiviti anda dalam kehidupan seharian.
Bukan telefon pintar sahaja yang menerima ciri Galaxy AI, malah Galaxy Tab S9 juga turut menerima ciri Galaxy AI. Anda juga boleh gunakan ciri Note Assist pada Galaxy Tab S9 ini, dimana ia boleh memberikan cadangan kepada anda seperti membetulkan ejaan dan juga menterjemah semua nota. Dengan ciri Note Assist pada Galaxy Tab S9, ia sesuailah buat anda yang mencari peranti untuk melaksanakan kerja-kerja digital dengan lebih efisien.
Kesimpulan
Jika anda berminat untuk menggunakan mana-mana ciri yang menarik ini, anda perlu mempunyai ataupun dapatkan peranti yang menerima ciri Galaxy AI seperti siri Galaxy S24, S23, S23 FE, Tab S9, Galaxy Z Flip5 dan juga Galaxy Fold5. Berita gembira buat anda yang sedang pertimbangkan peranti Samsung, Samsung menawarkan promosi menarik bagi peranti yang disenaraikan. Dimana anda berpeluang untuk mendapatkan aksesori tambahan percuma bagi pembelian peranti terpilih.
Melalui pembelian siri Samsung Galaxy S24, anda berpeluang untuk mendapatkan aksesori percuma bernilai RM338 yang termasuk Suit Case Keith Harring bernilai RM179 dan pek bateri berkapasiti 10,000mAh bernilai RM159. Bagi pembelian siri Samsung Galaxy S23 pula, anda berpeluang untuk mendapatkan Galaxy SmartTag2 bernilai RM149 dan juga Travel Adapter 25W bernilai RM129. Turut diingatkan bahawa promosi ini diadakan sehingga 31 Mei 2024 sahaja.
Tidak berhenti di situ sahaja, Samsung juga turut memperkenalkan Program Rujukan (Referral Program) khas bagi pengguna Samsung Galaxy S24. Apabila anda berkongsi Referral Code kepada rakan-rakan, anda berpeluang untuk menang sebuah 4K Smart TV yang bernilai RM24,999. Bagi rakan-rakan yang menerima kod tersebut, mereka berpeluang untuk tebus Samsung Rewards Points yang bernilai RM240.
Jadi, jika anda memiliki peranti yang tersenarai tadi, cepat-cepat kemaskini peranti untuk terima sokongan ciri Galaxy AI untuk tingkatkan lagi pengalaman menggunakan peranti. Bagi anda yang berminat untuk memiliki peranti yang tersenarai, anda boleh layari laman web rasmi Samsung untuk tawaran promosi yang menarik.
Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia