Carian
Apple iPad Pro Baharu Dilancarkan Dengan Cip M4 Dan Skrin Tandem OLED – Harga Bermula RM5299
May 7, 2024 Effi Saharudin

Apple iPad Pro baharu dilancarkan hari ini dengan ia amat dinantikan selepas tiada langsung model baharu ditawarkan pada tahun lalu. iPad Pro generasi ke-7 ini dilengkapi skrin Tandem OLED 11-inci dan 13-inci 120Hz ProMotion. Menurut Apple, Tandem OLED adalah dua panel OLED yang digabungkan bagi memberikan kadar kecerahan puncak sehingga 1600-nits.

Yang mengejutkan malam ini ialah iPad Pro baharu menggunakan cip baharu Apple M4 yang paling berkuasa pernah dihasilkan oleh Apple. Cip ini buat pertama kalinya digunakan pada tablet terlebih dahulu berbanding pada MacBook. Ia hadir dengan CPU 10 teras, GPU 10 teras dan NPU dengan kuasa sehingga 38 TOPs. Apple turut menekankan tablet mereka ini kini lebih nipis, dimana model 13-inci hanya setebal 5.1mm, sementara 11-inci adalah setebal 5.3mm.

Kedua-dua tablet ini juga menyertakan sokongan input Apple Pencil Pro baharu yang boleh diletakkan pada sisi tablet untuk pengecasan semula. Ia menyokong sistem haptik, tekanan, putaran dan tap pada sisi yang boleh dipadankan kepada beberapa pintasan dalam aplikasi. Dua model Apple Pencil Pro ditawarkan untuk iPad Pro dan iPad Air baharu. Buat pertama kalinya juga, Apple Pencil Pro boleh dikesan menerusi rangkaian Find My apabila hilang atau tersilap letak.

iPad Pro pada tahun ini hadir dengan storan sehingga 2TB. Kamera utama pula 12MP sudut lebar dan sensor 3D ToF. Di hadapan pula, kamera 12MP sudut lebar digunakan bersama dengan sokongan Face ID. Kamera akhirnya diletakkan pada posisi landskap yang memudahkan penggunanya lengkap dengan sokongan Center Stage. Sistem operasi yang digunakan ialah iPadOS 17.

Apple iPad Pro 11-inci ditawarkan pada harga bermula RM5,299, sementara model 13-inci pula pada harga bermula RM 6799. Ini adalah untuk model WiFi serta storan 256GB. Sementara itu Apple Pencil Pro pula dijual pada harga RM599 sebatang.

  • iPad Pro 11″ WiFi (8/256GB) – RM5,299
  • iPad Pro 11″ WiFi (8/512GB) – RM6,299
  • iPad Pro 11″ WiFi (16/1000TB) – RM8,299
  • iPad Pro 11″ WiFi (16/2000TB) – RM10,299
  • iPad Pro 11″ 5G (8/256GB) – RM6,299
  • iPad Pro 11″ 5G (8/512GB) – RM7,299
  • iPad Pro 11″ 5G (16/1000TB) – RM9,299
  • iPad Pro 11″ 5G (16/2000TB) – RM11,299
  • iPad Pro 13″ WiFi (8/256GB) – RM6,799
  • iPad Pro 13″ WiFi (8/512GB) – RM7,799
  • iPad Pro 13″ WiFi (16/1000GB) – RM9,799
  • iPad Pro 13″ WiFi (16/2000GB) – RM11,799
  • iPad Pro 13″ 5G (8/256GB) – RM7,799
  • iPad Pro 13″ 5G (8/512GB) – RM8,799
  • iPad Pro 13″ 5G(16/1000GB) – RM10,799
  • iPad Pro 13″ 5G (16/2000GB) – RM12,799

Komen