Carian
Apple Memperkenalkan Cip Pemprosesan Apple M4
May 7, 2024 Aman

Apple hari ini mengumumkan cip pemprosesan terbaru, Apple M4. Ia membawakan sejumlah penambah-baikkan, dan peranti pertama yang akan dikuasakan cip pemprosesan ini adalah iPad Pro.

Seperti ramai sedia maklum, Apple telah mula membangunkan cip pemprosesan tersendiri yang menguasakan komputer – yang mana turut telah mula digunakan pada tablet mereka. Apple M4 merupakan cip generasi ke empat, dan Apple dilihat memperkenalkan ia pada tablet terlebih dahulu berbanding pada komputer buat pertama kalinya.

Apple M4 hadir dengan 4 teras CPU prestasi bersama 6 teras CPU efisien, selain 10 teras GPU untuk penawaran grafik yang baik melaluinya. Ia turut dilengkapi dengan Neural Engine untuk pemprosesan melibatkan pembelajaran mesin – membolehkan pemprosesan sehingga 38 trillion operasi pada satu saat.

Disamping prestasi, Apple turut menekankan yang mana cip pemprosesan ini menggunakan tenaga yang lebih sedikit dan efisien berbanding cip-cip sebelum ini. Cip baharu ini hadir dengan rekaan 3nm, serta menyokong enjin paparan baharu untuk skrin OLED.

Bagi anda yang ingin mencuba prestasi Apple M4 ini, boleh mendapatkan iPad Pro baharu yang akan menjadi peranti terawal menggunakannya.

Komen