Bersama-sama dengan pengenalan iPad Air dan juga iPad Pro baharu, kini pihak Apple turut mengemaskini harga jualan untuk model iPad asas mereka, dimana kini ia ditawarkan pada harga bermula RM1799.

Apple iPad generasi-10 ini telah diperkenalkan pada tahun 2022 lepas. Ketika pengenalan, ia dijual pada harga RM2099, dan kemudian dikurangkan harga kepada RM1999 pada tahun 2023. Kini, pada 2024, model berkenaan masih dikekalkan dan kini ditawarkan pada harga RM1799.
iPad ini hadir dengan skrin 10.9-inci, dikuasakan Apple A14 Bionic yang menguasakan iPhone 12 sebelum ini, dilengkapi port USB-C, dan turut hadir dengan sokongan Touch ID pada butang kuasa.
Melalui kemaskini harga baharu ini, model 64GB WiFi ditawarkan pada harga RM1799, sementara 256GB WiFi pada harga RM2549. Model 64GB selular pula ditawarkan pada harga RM2549, dan 256GB selular pula pada harga RM3299.
Walaupun dikurangkan sedikit harganya, namun harga jualannya masih agak tinggi berbanding jualan iPad suatu ketika dahulu yang sekitar RM1049.