Carian
Huawei MateBook X Pro Kini Boleh Ditempah Di Malaysia
May 8, 2024 Effi Saharudin

Huawei MateBook X Pro kini boleh dipratempah di Malaysia beberapa lebih awal daripada hari pelancaran rasminya pada 13 Mei depan. Komputer riba ini dilengkapi skrin 14.2″ OLED 120Hz dengan sokongan sentuhan. Ini dipadankan pula dengan pilihan cip sehingga Intel Core Ultra 9, memori sehingga 32GB RAM, storan sehingga 2TB SSD dan bateri 70Wh yang menyokong pengecasan pantas 90W.

Yang menjadikan komputer riba ini menarik ialah ia hanya sebesar 980 gram yang menjadikannya antara yang paling ringan pernah dihasilkan di pasaran. Ciri lain menarik ialah beberapa ciri AI seperti pengurangan hingar ketika sesi telesidang dan kesan khas pada kamera. Kemasan tubuh magnesium juga cantik dengan ia kelihatan seperti permukaan baldu.

Pilihan I/O Ialah 2x Thunderbolt 4, 1x USB-C dan satu butang fizikal menyahakifkan kamera. Tiada bicu audio pada komputer riba ini tetapi ia mempunyai pengimbas cap jari pada butang kuasa. Bercakap mengenai ia hadir dengan sensor 1080P dan sokongan imbasan wajah Windows Hello. Ia juga diletakkan pada bezel dan tidak pada papan kekunci.

Di Malaysia Huawei MateBook X Pro boleh dipratempah pada harga hanya RM70 bermula hari ini sehingga 12 Mei dalam dua pilihan warna Morandi Blue dan White. Pelanggan yang melakukan pesanan akan menerima hadiah percuma bernilai RM4,582 seperti yang dinyatakan di bawah.

Komen