Carian
Senheng App Ingin Menjadi Aplikasi Membeli-Belah Yang Memberi Ganjaran Berkali Ganda
May 8, 2024 Fahim Zahar

Hari ini Senheng Malaysia telah menjelaskan kepada ahli media mengenai aplikasi Senheng: Electronics & More dengan lebih lanjut. Aplikasi ini bukan sekadar untuk ahli berbayar mereka PlusOne, tetapi turut untuk semua orang mendaftar sebagai ahli secara percuma untuk mendapatkan ganjaran. Pada masa yang sama, aplikasi Senheng ini turut membenarkan ahli membeli-belah pelbagai barangan menarik dari lebih 100 kedai fizikal tersendiri tanpa bergantung kepada pihak ketiga.

Ketika sesi demonstrasi pagi ini, Senheng menjelaskan aplikasi mereka bukan sekadar untuk membeli belah tetapi turut sebagai ganjaran untuk ahli. Mendaftar sebagai ahli dari aplikasi adalah percuma, kemudian naik taraf ke PlusOne dengan harga serendah RM24 untuk menerima lebih ganjaran. Aplikasi Senheng turut memberi pulangan tunai 100% dalam bentuk S-Coin. Nilainya pula adalah 100 S-Coin = RM1 dan jika anda membeli barangan terpilih berharga RM100, anda akan menerima 100 S-Coin. Ini kerana Senheng ingin menjadi aplikasi membeli-belah yang memberi ganjaran yang banyak berbanding pesaing.

Aplikasi ini turut menawarkan S-Game iaitu permainan ringkas yang memberi ganjaran yang boleh ditukar kepada S-Coin. Wakil Senheng turut menjelaskan yang mereka tidak ingin menjadi pesaing kepada Shopee atau Lazada, sebaliknya ingin menjadi aplikasi untuk ahli mereka yang setia dengan menawarkan ganjaran berkali ganda atau mencapai 100% pulangan. Senheng turut yakin dan jamin nilai S-Coin tidak akan turun dan kekal selama-lamanya memberi pengguna dan ahli mereka kebebasan membeli dengan bayaran tunai atau mata ganjaran.

Komen