Carian
AMD / Asus
Nama Model APU Baru AMD Strix Point Tertiris Melalui Senarai Produk ASUS
May 8, 2024 Nazrin

Semalam, kami telah melaporkan bahawa senarai model komputer riba ASUS yang akan menggunakan penyesuai kuasa 240W baru telah tertiris melalui laman web mereka sendiri. Terkini, satu lagi maklumat baru nampaknya telah tertiris lagi melalui jenama ini.

AMD dijangka akan memperlihatkan siri cip pemprosesan Strix Point dan Hawk Point mereka yang menggunakan teknologi cip pemprosesan Zen 5 tidak lama lagi. Sama seperti Intel, siri cip Strix Point nampaknya akan memperlihatkan pertukaran dari segi nama model untuk siri ini.

Melalui tangkapan layar yang diambil dari laman web ASUS, siri komputer riba ASUS Vivobook S 16 OLED yang akan dilancarkan oleh mereka akan menggunakan cip pemprosesan AMD Ryzen AI 9 HX 170.

Pertukaran nama ini adalah seperti menandakan AMD serius dalam memasuki arena pemprosesan kecerdasan buatan. Strix Point merupakan cip pemprosesan mereka dengan pemproses kecerdasan buatan tersendiri yang dinamakan Ryzen AI.

Setakat ini, penjenamaan ini hanya diperlihatkan pada SKU Strix Point terlebih dahulu, dimana Hawk Point, walaupun ia juga menggunakan teknologi Zen 5, masih akan mengekalkan penjenamaan AMD Ryzen 8040, seperti AMD Ryzen 9 8945HS.

AMD dijangka akan memperlihatkan kedua-dua siri APU ini sewaktu acara COMPUTEX Taipei yang akan berlangsung pada awal bulan Jun ini.

Komen