Google Pixel 8a telah dilancarkan semalam tanpa sebarang majlis khas. Ia adalah alternatif lebih mampu. milik untuk Pixel 8 dan Pixel 8 Pro tetapi masih lagi menggunakan cip sama Google Tensor G3. Peranti dilengkapi skrin 6.1″ OLED FHD 120Hz dengan bezel yang sedikit lebih tebal berbanding dua model sebelum ini.

Selain itu ia dilengkapi memori sebesar 8GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri 4492 mAh yang menyokong pengecasan PD 3.0 serta pengecasan secara nirwayar. Kamera utama pula terdiri daripada lensa sudut lebar 64MP dengan OIS dan lesna ultra sudut lebar 13MP. Di hadapan pula sensor 13 MP digunakan untuk kamera swafoto.

Peranti mempunyai tubuh yang dibulatkan jika dibandingkan dengan Pixel 8 dan Pixel 8 Pro. Terdapat pengimbas cap jari di bawah skrin dan juga kemampuan kalis air IP67. Selain itu ia juga dilengkapi speaker stereo.
Di Amerika Syarikat Google Pixel 8a dijual pada harga $499 (~RM2369) untuk model 128GB dan $559 (~RM2653) untuk model 256GB dalam pilihan warna Bay, Aloe, Porcelain, serta Obsidian.