Carian
Memori LPCAMM2 Menyelesaikan Isu RAM Yang Dipateri Pada Papan Induk Komputer Riba
May 8, 2024 Nazrin

Pada awal tahun ini, Micron telah memperkenalkan modul memori LPCAMM2 terbaru mereka, yang tampil sebagai penyelesaian jalan tengah kepada penggunaan memori DDR dan LPDDR yang menggunakan skru untuk memasang modul memori berprofil dan berkuasa rendah ke komputer riba, berbanding dengan pateri.

Terkini, jenama peralatan memperbaiki alat elektronik iFixIt telah memperlihatkan sebuah komputer riba Lenovo ThinkPad P1 (Gen 7) yang menggunakan modul memori LPCAMM2 ini sebagai contoh bagaimana memori berkuasa rendah boleh dinaiktarafkan oleh pengguna dengan cepat dan mudah, tanpa perlu mematerinya ke papan induk.

Komputer riba ThinkPad P1 dilihat menggunakan memori LPCAMM2 DDR5X, dan sokongan ini dibangunkan dengan kerjasama bersama-sama dengan Micron untuk menjadikan komputer riba ini yang pertama untuk menggunakan memori ini. iFixIt merupakan jenama pembuat aksesori pertama yang dapat melihat komputer riba ini kerana kerjasama diantara mereka dan juga Lenovo.

Jika anda menonton video dibawah, anda hanya perlu membuka rangka bawah dan bahagian bateri komputer riba ini untuk mendapatkan akses kepada komponen LPCAMM2 ini. Anda kemudiannya boleh membuka tiga skru yang memastikan komponen ini dipasang dengan baik, dan boleh menukarnya pada bila-bila masa.

Satu lagi kelebihan yang diperlihatkan pada memori LPCAMM2 ini ialah setiap modul memori merupakan memori dwi-saluran, jadi anda tidak lagi memerlukan dua modul memori untuk memanfaatkan kadar data tambahan, dan komputer riba anda boleh menggunakan lebih banyak memori lagi sekiranya ia menyokong lebih banyak slot memori LPCAMM2.

Memori LPCAMM2 ini dijangka akan digunakan dengan lebih meluas pada komputer-komputer riba lain sepanjang tahun ini.

Komen