Carian
Bagaimana Menambah Kad Debit Atau Kredit Pada Aplikasi Google Wallet?
May 8, 2024 Amy Maizuraa

Dunia maya telah mengubah cara kita berbelanja dengan menyediakan kemudahan yang mudah diperolehi oleh pengguna. Misalnya seperti transaksi tanpa tunai yang dilihat tidak lagi sekadar trend malahan semakin menjadi gaya hidup dalam kalangan pengguna moden.

Salah satu cara adalah menggunakan aplikasi Google Wallet/Pay dan boleh digunakan secara fleksibel pada mana-mana peranti Android tanpa mengira jenama yang menyokong NFC. Ia juga mementingkan soal sekuriti dengan melindungi dan menyulitkan maklumat pengguna. Bagaimana untuk menambah kad debit atau kredit ke aplikasi Google Wallet? Berikut kami kongsikan :

  • Langkah 2: Buka aplikasi Google Wallet.
  • Langkah 3: Klik ‘Add to Wallet’ kemudian pilih ‘Payment Card’.
  • Langkah 4: Masukkan butiran penting seperti nombor kad, bulan/tahun, nombor CVC dan alamat invois.
  • Langkah 5: Baca syarat penuh dan klik terima untuk meneruskan pengesahan pendaftaran.
  • Langkah 6: Pilih jenis pengesahan sama ada melalui kod khusus atau panggilan daripada bank.
  • Langkah 7: Setelah berjaya, pengguna akan menerima mesej pengesahan yang menyatakan kad bank telah berjaya ditambah.

Cubaan kami melibatkan dua jenis bank iaitu Maybank dan Public Bank yang mengambil masa beberapa minit untuk diaktifkan. Aplikasi bank yang berdaftar perlu dimuat-turun terlebih dahulu untuk proses pengesahan. Misalnya aplikasi Maybank MAE untuk pengguna yang mendaftar menggunakan Maybank dan seterusnya. Setiap traksaksi akan direkodkan oleh Google Wallet untuk dijadikan rujukan. Dalam masa sama, pengguna turut boleh menyekat dan mengalih keluar kad daripada aplikasi Google Wallet sekiranya perlu. Sebagai pilihan anda turut boleh melakukan pengesahan melalui panggilan telefon.

Cubaan membeli menggunakan aplikasi ini turut boleh dilakukan dengan baik tanpa sebarang isu. Melalui Google Wallet, pengguna peranti Android kini boleh menggunakan di sejumlah terminal pembayaran yang menerima kad debit/kredit serta aplikasi yang menerima Google Wallet. Selain daripada Maybank dan Public Bank, sejumlah bank lain yang turut disokong termasuk CIMB, Bank Muamalat, AmBank, Hong Leong Bank, HSBC Bank, Standard Chartered Bank, dan Wise.

Turut perlu dimaklumkan juga bahawa tidak semua peranti Android dengan NFC yang menyokong ciri ini memandangkan ada diantaranya yang tidak mengikut piawaian sekuriti ditetapkan oleh Google.

Komen