Carian
Vivo Y18 Dijual Di Malaysia Pada Harga Bermula RM529
May 8, 2024 Amy Maizuraa

Vivo telah menawarkan peranti baharu Y18 untuk pasaran Malaysia. Ia boleh didapati bermula RM529 (6/128GB) dan RM599 (8/128GB) sebuah melalui pengedar sah Vivo dinseluruh Malaysia. Kemudiannya turut disediakan dalam dua pilihan warna iaitu Wave Aqua dan Mocha Brown.

Untuk spesifikasi, peranti menggunakan skrin LCD 6.56-inci dengan kadar segar semula 90Hz. Cip MediaTek Helio G85 digunakan dengan memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri 5000mAh juga disertakan dengan pengecasan 15W, selain turut memuatkan kamera utama 50MP HD + 0.08MP QVGA dan swafoto 8MP. Diikuti dengan kemampuan kalis air IP54 dan pelancar terkini FuntouchOS 14 berasaskan Android 14 sebagai pelengkap.

Komen