Tecno Mengesahkan Kehadiran Pova 6 Untuk Pasaran Malaysia
Amy Maizuraa
Susulan daripada pelancaran Pova 6 Pro pada Mac lalu, Tecno kini menyediakan pilihan lain buat pengguna dengan menawarkan Pova 6 pula. Perkara itu dikongsikan dalam satu kenyaatan hari ini oleh Tecno melalui kemaskini di Facebook rasmi. Tiada butiran lanjut didedahkan buat masa ini melainkan tarikh pelancaran yang dijadualkan pada 9 Mei 2024.

Namun memandangkan peranti pernah diumumkan di pasaran luar justeru berpotensi perkakasan dalamannya sama. Sekiranya benar peranti boleh dilengkapi cip MediaTek Helio G99, skrin AMOLED FHD+ 120Hz sebesar 6.78″, kamera utama 108MP, swafoto 32MP, bateri 6000mAh dan pembesar suara stereo. Nantikan kemaskini selanjutnya daripada pihak Infinix berhubung perkara ini.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.