Huawei telah melancarkan tablet baharu MatePad 11.5″S untuk pasaran global. Ia dilengkapi skrin bersaiz 11.5-inci IPS LCD 2.8K 144Hz dengan penapis skrin matter untuk mengurangkan masalah silau. Dalam masa sama melepasi pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light untuk pencahayaan biru yang rendah.

Tiada butiran mengenai cip pemprosesan dikongsi namun peranti menggunakan memori 8GB RAM dan storan 256GB. Bateri 8,800 mAh juga disertakan dengan pengecasan pantas 22.5W. Kemudian diikuti juga kamera utama 13MP, swafoto sebesar 8MP dan pelancar baharu HarmonyOS 4.2 sebagai pelengkap.

Sokongan stylus M-Pencil yang juga dilengkapi NearLink Starlight Wireless Connection Technology dan papan kekunci fizikal turut diberikan. Harga jualan pula bermula dari €399 (~RM2,033), kemudian meningkat €499 (~RM2,542) apabila dibeli bersama papan kekunci.