Carian
HMD Memberikan Nafas Baharu Untuk Nokia 3210 Dengan Sokongan 4G
May 8, 2024 Aman

HMD, salah satu pengeluar peranti yang mempunyai lesen pengeluaran peranti berjenama Nokia, kini telah pun memperkenalkan telefon terbaru dibawah jenama bernostalgia tinggi berkenaan, iaitu Nokia 3210.

Nokia 3210 generasi baharu ini hadir dengan sokongan dwi-SIM, dan turut menyertakan sokongan rangkaian 4G. Disamping itu, ia turut mempunyai sokongan bicu audio 3.5mm dan juga sambungan pengecasan berasaskan USB-C.

Nokia 3210 ini hadir dengan skrin 2.4-inci, dilengkapi cip Unisoc T107, dilengkapi 64MB RAM, dan juga storan 128MB. Melengkapkan ia juga adalah kamera 2-megapixel dibahagian belakang.

Telefon ini mungkin menjadi peranti kedua untuk pengguna, yang turut memerlukan pemain muzik serta sokongan FM Radio.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah HMD akan mula menawarkan telefon ini untuk pasaran Malaysia. Bagi anda sendiri, adakah anda akan mendapatkannya apabila ia ditawarkan kelak?

Komen