Buat anda yang masih ragu-ragu untuk membeli peranti baharu terutamanya dari jenama Apple di platform e-dagang, ini adalah masa yang sesuai bagi anda mula membina kepercayaan dalam membeli peranti secara atas talian. Mengapakah kami mengatakan sebegitu? Ini adalah kerana sempena Super Brand Day anda boleh mendapatkan peranti baharu secara terus di TikTok Shop dan dijamin 100% dipercayai. Menariknya lagi, anda boleh menikmati pelbagai baucar yang ditawarkan. Ini semestinya menguntungkan anda kerana tidak perlu berbelanja lebih dalam memiliki sesebuah peranti yang serba baharu. Jadi, untuk tahu lebih lanjut mengenainya anda harus membaca artikel ini sehingga ke penghujungnya.
Dapatkan Siri iPhone 15 Bermula RM2,999 Sepanjang Super Brand Day
Jika anda masih belum tahu, Super Brand Day di TikTok Shop adalah anda dapat menikmati pelbagai diskaun yang menarik. Jadi, untuk anda yang ingin membeli peranti baharu daripada Apple, ini sememangnya peluang yang baik kerana Super Brand Day sedang berlangsung sehingga 11:59 malam pada 10 Mei 2024. Sepanjang Super Brand Day ini, anda boleh jimat sehingga RM1,600 untuk produk Apple terpilih yang akan dijual di TikTok Shop melalui pengedar sah Apple seperti iTworld, Machines, senQ, Switch dan Thunder Match.
Seiring dengan namanya Super Brand Day, ia memberikan peluang kepada anda untuk membeli produk Apple pada harga yang cukup berpatutan. Jika anda masih belum berpeluang untuk membeli siri iPhone 15 yang telah dilancarkan pada September tahun lalu, ini merupakan masa yang sesuai untuk anda dapatkannya.
Tahukah anda bahawa anda boleh mendapatkan iPhone 15 pada harga bermula RM2,999 dengan storan 128GB. Berbaloi bukan? Bagaimana pula jika anda mahukan iPhone 15 Pro? Jangan risau kerana anda boleh mendapatkannya pada harga bermula RM5,199 sahaja untuk storan 256GB. Bagi kami, ia sememangnya berbaloi untuk anda rebutkan. Peluang yang baik selalunya datang sekali sahaja bukan? Dan ayuh rebut peluang tersebut melalui pengedar sah seperti iTworld, Machines, senQ, Switch dan Thunder Match.
MacBook Dan iPad Juga Turut Menerima Diskaun
Namun bukan itu sahaja, selain daripada iPhone, produk MacBook dan iPad juga turut ditawarkan diskaun sempena Super Brand Day ini. Di TikTok Shop anda juga boleh mendapatkan MacBook Air 13-inch M1 Chip dengan storan 256GB pada harga RM2,799 berbanding harga asal RM4,399. Dengan ini, dapatlah anda jimat sehingga RM1,600 untuk mendapatkan peranti yang serba baharu.
Pastinya anda memerlukan tablet baharu untuk meningkatkan produktiviti harian bukan? Ini lah masanya untuk anda mendapatkan iPad 10th Gen (WiFi) dengan storan 64GB pada harga RM1,399 sahaja. Alang-alang sudah membeli iPad, jangan lupa untuk membeli Apple Pencil juga untuk memastikan anda dapat menggunakan iPad semaksimum mungkin untuk mencatat nota, melukis dan sebagainya.
Nikmati Diskaun Sehingga 50% Untuk iPhone 11 Dan Lain-Lain
Apa yang lagi menariknya disini adalah anda juga boleh mendapatkan diskaun sehingga 50% untuk beberapa produk terpilih yang lain. Antaranya adalah anda boleh membeli iPhone 11 buat ibu bapa atau anak-anak untuk membolehkan mereka menggunakannya seharian. Jika anda tercari-cari jam digital yang baharu pula, anda boleh membeli Apple Watch 2nd Gen dan hadiahkan untuk diri sendiri. Bukan itu sahaja, anda juga boleh nikmati dendangan lagu yang mengasyikkan apabila anda membeli AirPods 2nd Gen di TikTok Shop.
Jika anda selalu terlupa dimanakah anda meletakkan barangan penting pula, anda bolehlah dapatkan AirTag agar anda boleh mencarinya lagi sekiranya hilang kelak. Pendek cerita, anda membeli pelbagai peranti yang serba baharu malah memudahkan kehidupan seharian tanpa perlu berbelanja pada harga asal. Cukup berbaloi bukan?
Rebut Nilai Baucar Yang Paling Tinggi
Untuk menambah lebih banyak keseronokan yang sedia ada, TikTok Shop turut menawarkan baucar yang cukup berbaloi untuk anda dapatkan. Antaranya adalah, anda boleh mendapat baucar potongan harga sehingga RM120 apabila anda membuat pembelian minimum sebanyak RM600. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapat diskaun sehingga 10% dengan potongan harga sehingga RM50 apabila membuat pembelian melebihi RM100.
Kesimpulan
Kesimpulannya, dengan pelbagai tawaran diskaun yang ditawarkan di TikTok Shop ini anda boleh membuat pembelian peranti yang serba baharu dan cukup berbaloi. Anda boleh mendapatkan siri iPhone 15 yang terbaharu pada harga bermula RM2,999 dimana ianya merupakan tawaran yang cukup baik untuk direbutkan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menikmati tawaran sehingga RM1,600 apabila anda membeli di TikTok Shop sehingga 10 Mei 2024 ini.
Jadi, buat anda yang merebut peluang keemasan untuk berbelanja dengan bijak di TikTok Shop ini, jangan lupa untuk ikuti akaun TikTok Shop di aplikasi TikTok untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai promosi ini nanti.
Penafian: Advertorial ini daripada TikTok Shop Malaysia