Pada pembelian produk Apple, menjadi kebiasaan untuk Apple menyertakan pelekat logo mereka – membolehkan para pembeli untuk melekat logo berkenaan di mana-mana yang mereka suka. Namun, bermula iPad Pro dan iPad Air baharu, Apple melakukan perubahan.

Melalui pembelian iPad Pro dan iPad Air baharu, pihak Apple tidak lagi menyertakan pelekat Apple dalam kotak pembeliannya. Langkah ini dikatakan dalam usaha ke arah lebih mesra alam, dan mengelak penggunaan sebarang plastik pada kotak pembelian.
Dengan langkah ini, kita mungkin akan melihat Apple turut melakukan perkara sama pada penawaran peranti-peranti lain, dan tiada lagi pelekat Apple disertakan bersama.
Untuk pasaran Amerika Syarikat, ia dikatakan pengguna masih boleh mendapatkan pelekat berkenaan dengan meminta pada jurujual secara berasingan di Apple Store.