Carian
Tecno Pova 6 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM899
May 9, 2024 Amy Maizuraa

Tecno akhirnya mengumumkan ketersediaan rasmi peranti baharu Pova 6 untuk pasaran Malaysia. Hanya satu variasi disediakan dengan harga jualan RM899 (8/256GB) sebuah. Seterusnya pilihan warna pula terdiri dengan hijau dan hitam.

Tecno Pova 6 dilengkapi dengan skrin AMOLED FHD+ sebesar 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga dijana dengan cip MediaTek Helio G99 Ultimate, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB untuk tunjang utama. Bateri 6000mAh juga disertakan yang menyokong pengecasan pantas 70W.

Tecno melengkapkan lagi peranti dengan sensor utama 108MP dan swafoto sebesar 32MP. Selain turut mempunyai kalis air IP53, pembesar suara stereo Dolby Atmos, pengimbas cap jari di skrin, NFC dan perisian terkini HiOS 14 (berasaskan Android 14).

Panel belakangnya disertakan sistem lampu LED Dynamic Light-Effect yang terdiri daripada 116 lampu LED serta 9 mod. Ia berfungsi seumpama sistem glyph pada peranti Nothing yang turut memberi kesan seakan lutsinar memaparkan komponen dalaman.

Komen